blog saya

Apr 16, 2014

Nyamuk Tiruk

Nyamuk Tiruk ialah pembawa penyakit yang berbahaya kepada manusia. Gigitan nyamuk tiruk membawa parasit malaria hidup dalam sel darah merah.  Parasit ini akan merosakkan sel darah merah dan boleh membawa maut  kepada kita. Oleh itu, gigitan nyamuk ini dapat memudaratkan kesihatan manusia. 

Kitaran hidup nyamuk tiruk sama dengan kitaran nyamuk aedes iaitu bermula daripada peringkat telur ke peringkat kepompong. Seterusnya, nyamuk ini bertukar menjadi larva sebelum menjadi nyamuk dewasa. Proses untuk menjadi nyamuk dewasa ini hanya mengambil masa seminggu sahaja.

Nyamuk ini kebiasaannya membiak di dalam takungan air yang bersih dan jernih. Kawasan itu selalunya terletak di kawasan anak sungai di kaki bukit, di tepi semak samun, dicelah-celah batu, kawasan sawah padi, di kawasan takungan air dan sebagainya.

Terdapat beberapa tanda serangan penyakit malaria ini ialah pesakit akan berasa sejuk , menggigil dan mengalami demam yang agak panas. Pesakit kemudiannya akan berpeluh-peluh dan mengalami demam yang yang berulang-ulang. Tanda –tanda lain yang turut dialami oleh pesakit ini ialah muka mereka kelihatan pucat dan sentiasa berasa keletihan. Selain itu, pesakit juga akan mengalami kerosakan buah pinggang dan otak ,bengkak paru-paru,loya dan muntah-muntah.

Penyakit yang berbahaya ini mempunyai penawar atau ubat berbanding dengan demam denggi yang tidak mempunyai sebarang vaksin. Demam malaria ini mempunyai  vaksin iaitu Kuinin sebagai penawar kepada penyakit ini. Pesakit yang mendapat rawatan awal akan sembuh jika diberikan ubat tersebut.


Kesimpulanya, nyamuk tiruk ini membawa penyakit yang berbahaya kepada manusia. Oleh itu, kita perlu menggembleng tenaga menghapuskannya dengan cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk ini kerana pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati.


Apr 14, 2014

Aku Seekor Nyamuk Aedes

Aku seekor nyamuk Aedes.

Aku seekor nyamuk aedes yang sangat berbahaya. Badanku bewarna hitam dan putih. Aku suka menghisap darah-darah manusia. Aku suka  di tempat-tempat yang kotor atau air yang bertakung.

Aku mempunyai kitaran hidupku yang tersendiri iaitu terdapat empat peringkat kitaran hidupku. Pada mulanya aku menjadi telur. Setelah itu, aku bertukar  menjadi kepompong. Sebelum menjadi nyamuk aedes yang dewasa aku menjadi larva terlebih dahulu, kitaran hidupku mengambil masa seminggu.

Aku suka membiak di tempat yang mempunyai takungan air jernih dan bersih. Contohnya, tin kosong, tayar , pasu bunga dan sebagainya. Aku boleh membiak sehingga 100 telur setiap kali aku menghisap darah orang. Aku turut membawa virus denggi.

            Terdapat beberapa tanda serangan demam denggi yang disebarkan olehku, iaitu demam kuat yang mengejut dan berlarutan, sakit-sakit tulang, sakit-sakit otot, sakit-sakit sendi dan sakit-sakit biji mata, ruam pada kulit, sakit kepala, hilang selera makan, muntah-muntah, sakit perut dan pendarahan pada kulit, hidung dan gusi. Penyakit yang dibawa olehku sangat berbahaya kerana tiada vaksin dan boleh membawa maut.


Awas Nyamuk

AWAS NYAMUK.


Nyamuk Aedes adalah pembawa virus demam denggi yang dapat  menyebabkan kematian. Rakyat mulai bimbang kemungkinan keluarga mereka turut diserang demam denggi, apatah lagi demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Terdapat beberapa punca yang mendorong wabak ini daripada terus meningkat.  Misalnya, persekitaran yang kotor dengan tin-tin, botol-botol, tayar kereta dan tempurung kelapa menjadi sarang buat pemangsa ini. Untuk makluman, telur nyamuk aedes boleh bertahan selama seminggu sekiranya air dalam bekas-bekas tersebut telah kering.


Selain itu, kawasan yang ditakungi air seperti pasu bunga, kolah, dan saluran di bumbung juga menjadi kawasan pembiakan pilihan nyamuk aedes. Kes demam denggi boleh merebak dengan cepat. Pembangunan yang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan turut mendorong wabak ini meningkat, terutama dikawasan projek yang tidak dikawal dengan baik, boleh menyebabkan banyak kawasan ditakungi air dan terdedah kepada tempat pembiakan aedes. Longkang yang tersumbat akibat tindakan sambil lewa petugas seperti melepaskan batuk di tangga dikenal pasti sebagai tempat nyamuk membiak. Masalah ini diburukkan lagi dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap persekitaran.


Jadi, terdapat beberapa langkah mudah untuk menghapus nyamuk aedes ini. Kita perlu meluangkan masa 10 minit seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah. Antara tempat yang perlu dibersihkan ialah longkang, saluran hujan, kolah, dan pasu bunga. Bahan-bahan terbuang seperti tin, botol, tayar kereta dan tempurung kelapa elok ditanam. Kita perlulah melakukan kerja bergotong royong bersma-sama membersihkan kawasan rumah, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing. Bagi barang yang boleh menakung air dan masih berguna, pastikan diletakkan dalam keadaan terbalik.


Akhir sekali, rakyat perlu digalakkan mengambil langkah pencegahan secara bersendirian. Pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati. Seperti meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik(Abate) ke dalam air yang bertakung dan sebagainya. Operasi penyemburan racun untuk membunuh nyamuk tidak boleh dilakukan sambil lewa. Semua kawasan perlu disertakan dalam operasi ini sama ada di bandar mahupun di luar bandar.


Apr 13, 2014

Ancaman Denggi.

Sehingga 14 april 2012, jumlah kes denggi yang dilaporkan di seluruh Negara menunjukkan peningkatan sebanyak 23 peratus . sebanyak 7501 kes dicatatkan berbanding dengan 6105 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2011. Begitu juga dengan jumlah kematian akibat denggi meningkat 100 peratus iaitu sebanyak 18 kematian berbanding dengan Sembilan orang pada tahun 2011.

Berdasarkan statistik tersebut, denggi adalah antara ancaman utama di negara kita. Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 45 ribu kes denggi dilaporkan di Malaysia pada setiap tahun. Negeri yang mencatat kes yang tertinggi ialah Selangor berbanding dengan Kelantan, Perak dan Terengganu.

Oleh itu, pihak kementerian Kesihatan menggesa masyarakat mengambil inisiatif untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Orang ramai diminta agar ringgan tulang untuk membersihkan kawasan persekitaran tempat tinggal. Persekitaran yang bersih dapat menjamin sesebuah kawasan bebas daripada ancaman denggi.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan aktif dalam menangani wabak ini. Semburan kabus dilakukan secara berkala di kawasan hangat denggi. Namun, tindakan semburan kabus ini kurang berhasil jika penduduk tidak menghapuskan kawasan pembiakan denggi. Dalam hal ini, penduduk dan pihak berkuasa tempatan perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghapuskan aedes.

Pihak kerajaan juga turut melancarakan Kempen Ganyang Aedes sebagai satu usaha untuk membasmi denggi. Kempen yang  turut melibatkan artis tempatan ini sedikit banyak Berjaya mengurangkan penularan wabak denggi. Aktiviti gotong-royong dijalankan secara besar-besaran di seluruh Negara. Selain mewujudkan persekitaran yang bersih, aktiviti yang bersifat sambil menyelam minum air ini dapat memupuk perpaduan.

Kesimpulannya, usaha menangani denggi bukanlah sesuatu yang sukar jika masyarakat mengamalkan sikap hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Kita perlu menyematkan nilai rasa bertanggungjawab terhadap persekitaran dan menjaga kebersihan agar  kualiti kehidupan kita bertambah baik.











Nyamuk






semburan kabus 















Latihan

1.    Senaraikan isi utama dan isi sampingan yang terdapat dalam petikan tersebut.

Isi utama
Isi sampingan
1.     
1.     
2.     
2.     
3.     
3.     




2.    Senaraikan empat peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut . kemudian , cari maksud bagi peribahasa tersebut.

Peribahasa
Maksud
1.     

2.     

3.     

4.     

Apr 10, 2014

jagalah jantung kita ( tahun 5)

Jagalah jantung kita.

Selamat pagi dan salam 1 malaysia kepada Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandaran sibu, Encik Musa Aman, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Terima kasih kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ceramah bersempena dengan Minggu Kesihatan di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Jantung adalah organ yang sangat penting dalam tubuh kita. Jantung bertugas untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunnan sel-sel tubuh. Justeru, untuk menjamin kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali kita menjaga jantung dengan sebaik-baiknya.




Cara yang pertama, kita mestilah mengawal berat badan. Lazimnya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif . keadaan ini menyebabkan kalori yang tinggi dalam makanan yang dimakan tidak digunakan. Lebihan makanan akan ditukarkan kepada lemak yang turut berkumpul di dalam saluran jantung. Lemak yang berkumpul di dalam saluran jantung akan menggangu fungsi jantung. Oleh itu, amat mustahak berat badan berlebihan dikurangkan.

Yang kedua, kita perlulah menjaga pemakanan. Makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, dan makanan bersantan hendaklah dielakkan. Makanan yang mengandungi kolestrol juga perlu dijauhi. penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, masaklah makanan secara kukus  dan panggang. Sayur-sayuran dan buah buahan sangat baik dimakan untuk menjamin kesihatan .

Hadirin yang dihormati,

Yang ketiga pula, bersenamlah kerana amalan ini adalah cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Contohnya, berjoging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan contoh senaman yang mudah dilakukan. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedar  darah secara lebih berkesan.
Guru-guru  dan murid-murid yang sama muliakan,

Jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada. Perlu diingat, sakit jantung boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak kira tuaatau muda. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga jantung kita demi kesejahteraan hidup kita. Sekian, terima kasih.












Latihan

Kelaskan maklumat tentang panduan penjagaan jantung dalam jadual di                 bawah ini.



·         Bersenam secara teratur.

·         Elakkan makanan yang kaya dengan lemak.

·         Mengayuh basikal pada hujung minggu.

·         Panggang atau kukus makanan.

·         Berjalan selama 15 hingga 20 minit setiap hari.

·         Hadkan penggunaan minyak masak dalam penyediaan makanan.

·         Berjoging sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

·         Jauhi makanan yang mengandungi kolestrol.

 









                                Panduan Penjagaan Jantung

Penjagaan makanan
Senaman

1. 


1.
 
           2.

2.
 3.


3.

  4. 

4.




Sila pilih tiga perkataan, kemudian sila bina ayat berdasarkan perkataan tersebut. Anda perlu membina ayat yang berbeza dengan menggunakan satu perkataan

Contoh : perkataan berjalan

1.      Saya berjalan kaki ke sekolah?
2.      Kamu berjalan dengan siapa?
3.      Pada waktu petang semalam, saya nampak Amirul berjalan di tasik itu.

Apr 8, 2014

                                             Amalan merokok

Amalan merokok ibarat membakar diri sendiri. Amalan ini  bukan sahaja merugikan diri sendiri,malahan mendatangkan kesan buruk kepada  keluarga dan juga masyarakat. Terdapat beberapa kesan buruk yang akan dihadapi oleh para perokok dalam kehidupan seharian mereka.

            Perbuatan merokok  adalah perbuatan yang membahayakan kesihatan. Hal Ini demikian kerana sebatang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan banyak bahan kimia beracun yang berbahaya. Kesanya, perokok boleh mendapat penyakit seperti kanser paru-paru,sakit jantung,barah mulut dan strok.

             Selain itu,merokok juga  memberi risiko kepada ahli keluarga. Asap yang dihembuskan oleh perokok  terpaksa disedut oleh orang yang berada di sekelilingnya .Secara tidak langsung,ahli keluarga perokok juga boleh mendapat penyakit berbahaya dan seterusnya boleh membawa kematian.

              Tambahan itu,asap rokok juga memberikan kesan buruk kepada tubuh badan sendiri.Gigi dan kuku perokok akan berwarna kekuning - kuningan manakala bibir mereka pula kehitam-hitaman. Nafas perokok juga turut berbau dan kurang menyenangkan..

               Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang itu merokok. Antaranya,adalah seperti meniru perbuatan ibubapa, pengaruh rakan sebaya dan mengatasi tekanan yang dihadapi oleh mereka.

            kesimpulannya, kita perlu menghindarkan diri daripada tabiat merokok kerana banyak merokok memberikan kesan buruk kepada kita. Ahli keluarga dan masyarakat perlu memberi sokongan moral kepada mereka supaya berhenti merokok.