blog saya

Jul 30, 2011

Tips untuk menghapuskan jerawat

sila cuba apa yang telah saya lakukan ini, mungkin ia berkesan untuk anda.

Jika muka berjerawat anda haruslah.......
  1. Sila pilih pencuci muka yang sesuai dn mesti guna 1set..mesti ada tonner,facial cleaning dan sebagainya.
  2. Kalau jerawat tu merah dan lebam sila cuci muka pakai pembersih muka atau limau nipis o limau kasturi, lepas tu cuci dengan menggunakan air sejuk atau letakan bedak sejuk.
  3. Jika ingin nanah jerawat, anda haruslah mencuci muka atau steam muka menggunakan air panas bagi membuka liang roma kulit dan selepas itu barulah anda menggeluarkan nanah tersebut.anda jangan memicit jerawat tetapi anda haruslah menarik kulit yang berdekatan dengan jerawat tersebut bukan memicitnya. selepas itu gunalah air sejuk untuk menutup liang roma kulit.
  4. selepas membuang nanah tersebut janga luba menyapukan facial cleaning or tonner. sila dapatkan ubat sapu anti jerawat iaitu "Differin" pada farmasi terdekat. ubat ini berkesan untuk saya.
  5. untuk membuang paut jerawat anda bolehlah menggunakan bio oil..peringatan kepad muka yang berminyak,,,anda dilarang untuk menggunakan bio oil untuk mbuang parut jerawat.
  6. jika kulit berjerawat elakkan makan telur,kacang tanah,coklat,ayam belacan dan makanan laut spt udang, ikan,sotong dan sebagainya.
  7. untuk mendapatkan hasil yang lebih baik sila cuba supliment" burdock root".
  8. Jangan lupa mencuci muka 3kali atau lebih dan makan buah-buahan.



merdeka merdeka!!!!!

Hari kebangsaa akan tiba tidak lama lagi teringat kenangan kami menjadi human graphic.masa tu baru jak sem 1 dahlaa banyak asigment..memang penat sangat. Asigment turut dibawa ke sana dan merancang untuk membuatnya tetapi tidak ada peluang untuk membuatnyaa kerana kami berlatih..Saya sangat gembira kerana dapat jumpa semua bakal guru disana.

inilah kerja kami masa tu


kumpulan saya

saya berjumpa dengan karen( rakan sekelas semasa di sekolah menengah)
dia di IPG Ilmu Khas



k.A.M.I punya seribu CHERITHA...

Pada tahun 2008 saya telah dimasukan ke kelas 4sc2. Kami memang budak-budak nakal, memang selalu menyakat cikgu terutamanya tuan punya blog ini. Banyak alkisah tercipta pada tahun tersebut terutamannya dengan cikgu yang mengajar kami prisip akaun. perkataan yang memang sentiasa dalam minda saya ialah "bau tunu manuk dan pah nuk",,hahah,,masa tu memang bukan birthday cikgu tersebut tetapi kami dan rakan sekelas berpakat menyanyikan lagu happy birthday kepadanyaa..cikgu tu pulak memang akan sebut perkataan "suder boleh diamm???" n "kalau nak ketawa tu,ambik kerusi ambik meja bawak ke ruar ketawa satu waktu"..hahah...memang lucu pada masa tu... Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah kami sentiasa memenangi pertandingan yang dianjurkan di sekolah kami misalnya tokoh kemerdekaan, hiasan ala kemerdekaan, senamrobik(yang ini jangan ditandingi)..heheh..kelas kami juga ada pemain bola sepak perngkat n penari.,Saya amat merindui kalian semua.Harap-harap planing kita untuk reunion jadi......
lala,emma,evelyn,atoy,pris,dannyson,8ward n me

kami bersama Cikgu Doreen Ngu(cikgu Biology n ada math)

stephen, me n miss Atoy


gambar ni sand yg tag kt saya di fb.

sya berharap suatu hari nanti kita dapat berkumpul lagi walaupun kamu semua dh berumah tangga. kalau tersempak jangan tak bertegur sapa yaa. Betul kata kamu semua kita sekarang mencari haluan hidup masing masing. Kepada yang tengah sambung bljr di ting 6, poli, ilp ,matrik n universiti tu, semoga kalian mendapat result yang cemerlang.





Jul 29, 2011

Jerawat,Acne,Pimple...:(

JERAWAT OH JERAWAT!!!!!!!!!....Masalah jerawat memang membimbangkan hati dan fikiran kita. Saya sendiri pernah mengalaminya. Jerawat saya memang tahap yang teruk, sampai muka saya menjadi bengkak. Sewaktu ada jerawat saya memang rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri sehingga kita sendiri merasakan bahawa orang keji dan sentiasa memandang keadaan muka kita. Ape boleh buat dah jerawat nak tumbuh nak buat macam mana kan??Saya nak kongsi cerita macam mana saya boleh tumbuh jerawat di muka. Selepas habis kebaktiaan di gereja saya dan kawan-kawan yang lain pergi ke satu pusat membeli belah, seorang promoter telah mempelawa saya untuk membeli produk tersebut.( dia mengatakan produk ini bagus untuk parut jerawat adek ni). Jadi, setelah mendengar kata-katanya hati pun teringin membeli dan mencuba produk tersebut. dia menyuruh saya membeli 1 set produk tapi saya menolak saya hanya beli pencuci muka sahaja. Selepas 3 hari memakai produk tersebut tiba-tiba jerawat mula tumbuh dan merebak ke tempat lain, tetapi saya tidak kisah mungkin produk ni bagi kesan positif pada muka saya untuk mengeluarkan segala jerawat di muka. Setelah seminggu muka saya pun bengkak dan memang susah nak senyum, pada masa tu memang rakan-rakan yang lain kata saya ni "bad mood" sebab muka dh macam kena nat. Selepas itu saya pun mendapat rawatan di hospital tetapi tidak juga sembuh. Sekali lagi saya berjumpa dengan Doktor tersebut dan dia telah memberikan antibiotik untuk muka saya dan ubat sapu tetapi keadaan masih juga berlarutan. Selepas itu saya saya berhenti menggunakan produk pencuci muka juga dan menggunakan limau kasturi untuk mencuci jerawat. Pensyarah saya yang mengajar subjek kemahiran berfikir yang mencadangkan saya menggunakan limau. selepas sebulan menggunakan limau baru ada perubahan sedikit. Saya juga membeli supliment untuk jerawat, produk tersebut memang produk dari luar negara iaitu USA yang berharga RMXXX.. Setelah itu, saya berjumpa dengan jururawat dari Sabah. Dia menyuruh saya berhenti makan antibiotik dan dia telah memberikan ubat sapu Differin. Ubat tu mujarab dan saya mula memberanikan diri membeli produk pencuci muka dan sabun. Saya telah membeli produk mentholatum dan oxy sehingga kini. .Masa balik perayaan Hari Gawai memang sangat malu kerana balik ke Sarawak dengan muka berjerawat sehingga mak cik saya sendiri turut mengatakan bahawa saya tidak beberapa kacak(hahahah). Masa balik tu mak saya memang marah laa. tetapi kata-katanya masuk telingga kanan keluar telingga kiri....Setelah mencuba pelbagai alternatif , sekarang muka saya hanya tinggal kesan parut jerawat dan tunggu hendak hilangkan parut sahaja. Saya bersyukur kerana dapat menghilangkan jerawat saya dalam masa 3 bulan sahaja.

sewaktu zaman kegemilangan jerawat saya.
( kedua dua pipi saya seperti ini.)

haaa..ni laah yang paling teruk sekali.
ambik engkau..hahahah

sekarang...

inilah

hasilnyaaaaaaaaaaa...

Tadaaaaaaaaaa!!!!!!


watcccchaaaaa...

Jul 22, 2011

Saya rindu subjek bahasa Iban


words of the day hr ni..
  1. Kunchit di tisi langit di asu,rusa di kaki tangga enda di emparu”

=Rindu tauka kelalu deka kiruh ngereja pengawa ke enda menuku tauka nadai ngenatai ke penguntung ba menua ti jauh ,tang pengawa ti menyana tauka utai ti endang udah ditemu nguntung ke diri empu ba endur ti semak ,enggai kiruh ngereja ia.

2. . Rari ke ribut tetemu ke ujan, rari ke sungkup tetemu ke pendam

= Nya utai ti di kenggai, nya ga utai ti datai nyadi ninggang kitai.

3. . Menyadi perut jani, kaban perut ikan –

=Orang ke deka bekaban lebuh maia kitai senang ajak.Tang enti maya di tuntung penusah ,nadai ia ibuh agi ke kitai.


Jul 21, 2011

Segalanya tentang S.A.Y.A


Tak Kenal maka tak cinta. Izinkanlah hamba memperkenalkan tuan empunya blog ini. Ayah bonda tercinta telah memberikan saya nama Setia Anding Ira. Dilahirkan di Hospital Daerah Kanowit, Kanowit pada 13 Mac 1992 jam 10:45 pagi .Kampung kelahiran saya atau kampung tercinta saya ialah Nanga Mam kanowit. Saya merupakan anak bongsu . Saya mempunyai seorang kakak dan tiga orang adik beradik.Bapa saya menghembuskan nafas terakhirnya pada ogos 1998, ketika saya berusia 4 tahun. Ibu saya pada mulanya merupakan seorang suri rumah. Semua abang dan kakak saya telah mendirikan rumah tangga. Saya mempunyai 10 orang anak buah .


Saya telah mendapatkan pendidikan awal di Tadika perpaduan Kemas Shah kim Garden selama dua tahun. Setelah itu, saya telah memasuki sekolah rendah Sk St. Francis Xavier, Kanowit iaitu dari darjah satu hingga darjah enam tetap[I saya pernah berhenti sekolah seketika kerana masalah keluarga dan terpaksa balik ke kampung. Setelah itu, ibu saya bertekat berpindah semula ke bandar Kanowit .Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran di sekolah menengah Smk Kanowit, Kanowit , dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Apabila saya mempunyai waktu senggang, saya lebih banyak meluangkan masa untuk membaca majalah siswa dan majalah dewan masyarakat. Hal ini demikian, kerana majalah ini banyak membantu saya dalam menggembangkan lagi idea semasa membuat karangan. Di samping itu, pada waktu petang saya lebih gemar bersenam bersama- sama rakan – rakan sekelas.


my nephew n niece


Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh saya iaitu ketika saya berada di tingkatan lima. Pada majlis penyampaian sijil dan hadiah hujung tahun saya mendapat empat anugerah pelajar terbaik. Saya memenangi anugerah pelajar terbaik matapelajaran prinsip perakaunan, pelajar terbaik dalam kadet remaja sekolah, kelab koir dan persatuan bahasa iban. Di samping itu juga melibatkan diri dalam pertandingan menulis cerita rakyat Sarawak peringkat negeri Sarawak. Saya telah mendapat keputusan yang boleh dikatakan baik dalam Spm tahun 2009 dengan berkat usaha saya,penat lelah saya belajar siang malam dan dorongan daripada bonda tercinta ,guruku dn teman-teman yang lain. Selepas itu saya telah melanjutkan pelajaran di Tingkatan enam selama sebulan di Smk Durin. Sebelum memasuki tingkatan enam saya telah memohon beberapa pekerjaan iaitu, pembantu perubatan, pramugara, kastam W17, guru, pembantu anti dadah. Saya telah berjaya dalam kesemua temuduga kerja yang saya mohon tetapi syaa telah berfikir dengan panjang untuk memilih kerjaya sebagai warga pendidik.

Pada 3 Mei 2009 merupakan tarikh termanis dalam hidup saya , kerana pada masa ini saya telah meghadiri temuduga Kursus perguruan Lepasan Spm. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah mendengar doa saya selama ini iaitu saya ingin menjadi warga pendidik, akhirnya permintaan saya termakbul. Saya diberi peluang oleh kementerian pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran atau menimba ilmu di Institut pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah pantai. 28 jun 2010 merupakan tarikh keramat dalam hidup saya iaitu saya memasuki IPG KBM. Banyak perkara yang telah saya pelajari di tempat ini dari semester satu hingga semester tiga. Saya telah berkenalan dengan variasi bangsa dan pelbagai jenis ragam.Saya amat bersyukur kerana mempunyai ibu dan keluarga yang baik menghatar saya belajar. Walaupun saya kehilangan ayah, namun ibu saya tetap tabah dan cekal mengharungi kehidupan bagi mendidik dan menghantar saya ke sekolah.

inilah tempat saya melanjutkan pelajaran sekarang


inilah view di dlm kampus saya


ku Menunggu



















Ku menunggu, ku menunggu
Kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu
Kau dengan kekasihmu
Ku kan s'lalu di sini
Untuk menunggumu

Cintaiku
Ku berharap kau kelak kan cintai aku
Saat kau telah tak bersama kekasihmu
Ku lakukan semua agar kau cintaiku

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
lyricsalls.blogspot.com
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Datang padaku
Ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
Saat kau sadar betapa ku cintaimu
Akan selalu setia tuk menunggumu

Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Ku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu

Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na
Na na na na na na
Na na na na na na
Na na na na

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Ada cemburu juga rindu
Dan aku tetap menunggu

Haruskah ku bilang cinta
Hati senang namun bimbang
Dan kau sudah ada yang punya
Ku tetap menunggu
(Aku tetap menunggu)
Ku tetap menunggu
(Aku tetap menunggu)
Ku tetap menunggu