blog saya

Apr 16, 2014

Nyamuk Tiruk

Nyamuk Tiruk ialah pembawa penyakit yang berbahaya kepada manusia. Gigitan nyamuk tiruk membawa parasit malaria hidup dalam sel darah merah.  Parasit ini akan merosakkan sel darah merah dan boleh membawa maut  kepada kita. Oleh itu, gigitan nyamuk ini dapat memudaratkan kesihatan manusia. 

Kitaran hidup nyamuk tiruk sama dengan kitaran nyamuk aedes iaitu bermula daripada peringkat telur ke peringkat kepompong. Seterusnya, nyamuk ini bertukar menjadi larva sebelum menjadi nyamuk dewasa. Proses untuk menjadi nyamuk dewasa ini hanya mengambil masa seminggu sahaja.

Nyamuk ini kebiasaannya membiak di dalam takungan air yang bersih dan jernih. Kawasan itu selalunya terletak di kawasan anak sungai di kaki bukit, di tepi semak samun, dicelah-celah batu, kawasan sawah padi, di kawasan takungan air dan sebagainya.

Terdapat beberapa tanda serangan penyakit malaria ini ialah pesakit akan berasa sejuk , menggigil dan mengalami demam yang agak panas. Pesakit kemudiannya akan berpeluh-peluh dan mengalami demam yang yang berulang-ulang. Tanda –tanda lain yang turut dialami oleh pesakit ini ialah muka mereka kelihatan pucat dan sentiasa berasa keletihan. Selain itu, pesakit juga akan mengalami kerosakan buah pinggang dan otak ,bengkak paru-paru,loya dan muntah-muntah.

Penyakit yang berbahaya ini mempunyai penawar atau ubat berbanding dengan demam denggi yang tidak mempunyai sebarang vaksin. Demam malaria ini mempunyai  vaksin iaitu Kuinin sebagai penawar kepada penyakit ini. Pesakit yang mendapat rawatan awal akan sembuh jika diberikan ubat tersebut.


Kesimpulanya, nyamuk tiruk ini membawa penyakit yang berbahaya kepada manusia. Oleh itu, kita perlu menggembleng tenaga menghapuskannya dengan cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk ini kerana pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati.


No comments:

Post a Comment