Aku seekor nyamuk Aedes.
Aku seekor nyamuk aedes yang sangat berbahaya. Badanku
bewarna hitam dan putih. Aku suka menghisap darah-darah manusia. Aku suka di tempat-tempat yang kotor atau air yang
bertakung.
Aku mempunyai kitaran hidupku yang tersendiri iaitu terdapat
empat peringkat kitaran hidupku. Pada mulanya aku menjadi telur. Setelah itu,
aku bertukar menjadi kepompong. Sebelum
menjadi nyamuk aedes yang dewasa aku menjadi larva terlebih dahulu, kitaran
hidupku mengambil masa seminggu.
Aku suka membiak di tempat yang mempunyai takungan air
jernih dan bersih. Contohnya, tin kosong, tayar , pasu bunga dan sebagainya.
Aku boleh membiak sehingga 100 telur setiap kali aku menghisap darah orang. Aku
turut membawa virus denggi.
Terdapat beberapa tanda
serangan demam denggi yang disebarkan olehku, iaitu demam kuat yang mengejut
dan berlarutan, sakit-sakit tulang, sakit-sakit otot, sakit-sakit sendi dan
sakit-sakit biji mata, ruam pada kulit, sakit kepala, hilang selera makan, muntah-muntah,
sakit perut dan pendarahan pada kulit, hidung dan gusi. Penyakit yang dibawa
olehku sangat berbahaya kerana tiada vaksin dan boleh membawa maut.
No comments:
Post a Comment