AWAS NYAMUK.
Nyamuk Aedes adalah pembawa virus demam denggi yang
dapat menyebabkan kematian. Rakyat mulai
bimbang kemungkinan keluarga mereka turut diserang demam denggi, apatah lagi
demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Terdapat beberapa punca
yang mendorong wabak ini daripada terus meningkat. Misalnya, persekitaran yang kotor dengan
tin-tin, botol-botol, tayar kereta dan tempurung kelapa menjadi sarang buat
pemangsa ini. Untuk makluman, telur nyamuk aedes boleh bertahan selama seminggu
sekiranya air dalam bekas-bekas tersebut telah kering.
Selain itu, kawasan yang ditakungi air seperti pasu
bunga, kolah, dan saluran di bumbung juga menjadi kawasan pembiakan pilihan
nyamuk aedes. Kes demam denggi boleh merebak dengan cepat. Pembangunan yang
pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan turut mendorong wabak ini meningkat,
terutama dikawasan projek yang tidak dikawal dengan baik, boleh menyebabkan
banyak kawasan ditakungi air dan terdedah kepada tempat pembiakan aedes. Longkang
yang tersumbat akibat tindakan sambil lewa petugas seperti melepaskan batuk di
tangga dikenal pasti sebagai tempat nyamuk membiak. Masalah ini diburukkan lagi
dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap
persekitaran.
Jadi, terdapat beberapa langkah mudah untuk menghapus
nyamuk aedes ini. Kita perlu meluangkan masa 10 minit seperti yang dianjurkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membersihkan kawasan persekitaran
rumah. Antara tempat yang perlu dibersihkan ialah longkang, saluran hujan,
kolah, dan pasu bunga. Bahan-bahan terbuang seperti tin, botol, tayar kereta
dan tempurung kelapa elok ditanam. Kita perlulah melakukan kerja bergotong
royong bersma-sama membersihkan kawasan rumah, bak kata pepatah berat sama dipikul,
ringgan sama dijinjing. Bagi barang yang boleh menakung air dan masih berguna,
pastikan diletakkan dalam keadaan terbalik.
Akhir sekali, rakyat perlu digalakkan mengambil langkah pencegahan
secara bersendirian. Pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik daripada
mengubati. Seperti meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik(Abate) ke dalam air
yang bertakung dan sebagainya. Operasi penyemburan racun untuk membunuh nyamuk
tidak boleh dilakukan sambil lewa. Semua kawasan perlu disertakan dalam operasi
ini sama ada di bandar mahupun di luar bandar.
No comments:
Post a Comment