Ancaman Denggi.
Sehingga 14 april 2012, jumlah kes denggi yang dilaporkan
di seluruh Negara menunjukkan peningkatan sebanyak 23 peratus . sebanyak 7501
kes dicatatkan berbanding dengan 6105 kes bagi tempoh yang sama pada tahun
2011. Begitu juga dengan jumlah kematian akibat denggi meningkat 100 peratus
iaitu sebanyak 18 kematian berbanding dengan Sembilan orang pada tahun 2011.
Berdasarkan statistik tersebut, denggi adalah antara
ancaman utama di negara kita. Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia, lebih 45 ribu kes denggi dilaporkan di Malaysia pada setiap
tahun. Negeri yang mencatat kes yang tertinggi ialah Selangor berbanding dengan
Kelantan, Perak dan Terengganu.
Oleh itu, pihak kementerian Kesihatan menggesa masyarakat
mengambil inisiatif untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Orang ramai
diminta agar ringgan tulang untuk membersihkan kawasan persekitaran tempat
tinggal. Persekitaran yang bersih dapat menjamin sesebuah kawasan bebas
daripada ancaman denggi.
Selain itu, pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan
aktif dalam menangani wabak ini. Semburan kabus dilakukan secara berkala di
kawasan hangat denggi. Namun, tindakan semburan kabus ini kurang berhasil jika
penduduk tidak menghapuskan kawasan pembiakan denggi. Dalam hal ini, penduduk
dan pihak berkuasa tempatan perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
menghapuskan aedes.
Pihak kerajaan juga turut melancarakan Kempen Ganyang
Aedes sebagai satu usaha untuk membasmi denggi. Kempen yang turut melibatkan artis tempatan ini sedikit
banyak Berjaya mengurangkan penularan wabak denggi. Aktiviti gotong-royong
dijalankan secara besar-besaran di seluruh Negara. Selain mewujudkan
persekitaran yang bersih, aktiviti yang bersifat sambil menyelam minum air ini
dapat memupuk perpaduan.
Kesimpulannya, usaha menangani denggi bukanlah sesuatu
yang sukar jika masyarakat mengamalkan sikap hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah. Kita perlu menyematkan nilai rasa bertanggungjawab terhadap
persekitaran dan menjaga kebersihan agar
kualiti kehidupan kita bertambah baik.
Nyamuk
semburan kabus
Latihan
1.
Senaraikan isi utama dan isi sampingan yang terdapat dalam petikan
tersebut.
Isi utama
|
Isi sampingan
|
1.
|
1.
|
2.
|
2.
|
3.
|
3.
|
2.
Senaraikan empat peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut . kemudian
, cari maksud bagi peribahasa tersebut.
Peribahasa
|
Maksud
|
1.
|
|
2.
|
|
3.
|
|
4.
|
No comments:
Post a Comment