Jagalah jantung kita.
Selamat pagi dan salam 1 malaysia kepada Tuan Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandaran sibu, Encik Musa Aman, guru-guru, dan murid-murid
sekalian. Terima kasih kerana sudi mengundang saya untuk menyampaikan ceramah
bersempena dengan Minggu Kesihatan di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Jantung adalah organ yang sangat penting dalam tubuh
kita. Jantung bertugas untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunnan
sel-sel tubuh. Justeru, untuk menjamin kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali
kita menjaga jantung dengan sebaik-baiknya.
Yang kedua, kita perlulah menjaga pemakanan. Makanan yang
kaya lemak seperti mentega, keju, dan makanan bersantan hendaklah dielakkan.
Makanan yang mengandungi kolestrol juga perlu dijauhi. penggunaan minyak dalam
penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, masaklah makanan secara
kukus dan panggang. Sayur-sayuran dan
buah buahan sangat baik dimakan untuk menjamin kesihatan .
Hadirin yang dihormati,
Hadirin yang dihormati,
Yang ketiga pula, bersenamlah kerana amalan ini adalah
cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan. Contohnya, berjoging, berjalan dan
mengayuh basikal merupakan contoh senaman yang mudah dilakukan. Aktiviti
senaman dapat membantu jantung mengedar
darah secara lebih berkesan.
Guru-guru dan murid-murid yang sama
muliakan,
Jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada.
Perlu diingat, sakit jantung boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak kira tuaatau
muda. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga jantung kita demi kesejahteraan
hidup kita. Sekian, terima kasih.
Latihan
Kelaskan maklumat tentang
panduan penjagaan jantung dalam jadual di bawah ini.
· Mengayuh basikal pada hujung minggu. · Panggang atau kukus makanan. · Berjalan selama 15 hingga 20 minit setiap hari. · Hadkan penggunaan minyak masak dalam penyediaan makanan. · Berjoging sekurang-kurangnya dua kali seminggu. · Jauhi makanan yang mengandungi kolestrol. |
Panduan
Penjagaan Jantung
Penjagaan makanan
|
Senaman
|
1.
|
1.
|
2. |
2.
|
3.
|
3.
|
4. |
4.
|
Sila pilih tiga perkataan, kemudian sila bina ayat berdasarkan perkataan
tersebut. Anda perlu membina ayat yang berbeza dengan menggunakan satu
perkataan
Contoh : perkataan berjalan
1.
Saya berjalan kaki ke sekolah?
2.
Kamu berjalan dengan siapa?
3.
Pada waktu petang semalam, saya nampak Amirul berjalan di tasik itu.
No comments:
Post a Comment