blog saya

Apr 16, 2014

Nyamuk Tiruk

Nyamuk Tiruk ialah pembawa penyakit yang berbahaya kepada manusia. Gigitan nyamuk tiruk membawa parasit malaria hidup dalam sel darah merah.  Parasit ini akan merosakkan sel darah merah dan boleh membawa maut  kepada kita. Oleh itu, gigitan nyamuk ini dapat memudaratkan kesihatan manusia. 

Kitaran hidup nyamuk tiruk sama dengan kitaran nyamuk aedes iaitu bermula daripada peringkat telur ke peringkat kepompong. Seterusnya, nyamuk ini bertukar menjadi larva sebelum menjadi nyamuk dewasa. Proses untuk menjadi nyamuk dewasa ini hanya mengambil masa seminggu sahaja.

Nyamuk ini kebiasaannya membiak di dalam takungan air yang bersih dan jernih. Kawasan itu selalunya terletak di kawasan anak sungai di kaki bukit, di tepi semak samun, dicelah-celah batu, kawasan sawah padi, di kawasan takungan air dan sebagainya.

Terdapat beberapa tanda serangan penyakit malaria ini ialah pesakit akan berasa sejuk , menggigil dan mengalami demam yang agak panas. Pesakit kemudiannya akan berpeluh-peluh dan mengalami demam yang yang berulang-ulang. Tanda –tanda lain yang turut dialami oleh pesakit ini ialah muka mereka kelihatan pucat dan sentiasa berasa keletihan. Selain itu, pesakit juga akan mengalami kerosakan buah pinggang dan otak ,bengkak paru-paru,loya dan muntah-muntah.

Penyakit yang berbahaya ini mempunyai penawar atau ubat berbanding dengan demam denggi yang tidak mempunyai sebarang vaksin. Demam malaria ini mempunyai  vaksin iaitu Kuinin sebagai penawar kepada penyakit ini. Pesakit yang mendapat rawatan awal akan sembuh jika diberikan ubat tersebut.


Kesimpulanya, nyamuk tiruk ini membawa penyakit yang berbahaya kepada manusia. Oleh itu, kita perlu menggembleng tenaga menghapuskannya dengan cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk ini kerana pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati.


Apr 14, 2014

Aku Seekor Nyamuk Aedes

Aku seekor nyamuk Aedes.

Aku seekor nyamuk aedes yang sangat berbahaya. Badanku bewarna hitam dan putih. Aku suka menghisap darah-darah manusia. Aku suka  di tempat-tempat yang kotor atau air yang bertakung.

Aku mempunyai kitaran hidupku yang tersendiri iaitu terdapat empat peringkat kitaran hidupku. Pada mulanya aku menjadi telur. Setelah itu, aku bertukar  menjadi kepompong. Sebelum menjadi nyamuk aedes yang dewasa aku menjadi larva terlebih dahulu, kitaran hidupku mengambil masa seminggu.

Aku suka membiak di tempat yang mempunyai takungan air jernih dan bersih. Contohnya, tin kosong, tayar , pasu bunga dan sebagainya. Aku boleh membiak sehingga 100 telur setiap kali aku menghisap darah orang. Aku turut membawa virus denggi.

            Terdapat beberapa tanda serangan demam denggi yang disebarkan olehku, iaitu demam kuat yang mengejut dan berlarutan, sakit-sakit tulang, sakit-sakit otot, sakit-sakit sendi dan sakit-sakit biji mata, ruam pada kulit, sakit kepala, hilang selera makan, muntah-muntah, sakit perut dan pendarahan pada kulit, hidung dan gusi. Penyakit yang dibawa olehku sangat berbahaya kerana tiada vaksin dan boleh membawa maut.


Awas Nyamuk

AWAS NYAMUK.


Nyamuk Aedes adalah pembawa virus demam denggi yang dapat  menyebabkan kematian. Rakyat mulai bimbang kemungkinan keluarga mereka turut diserang demam denggi, apatah lagi demam denggi berdarah yang boleh membawa maut. Terdapat beberapa punca yang mendorong wabak ini daripada terus meningkat.  Misalnya, persekitaran yang kotor dengan tin-tin, botol-botol, tayar kereta dan tempurung kelapa menjadi sarang buat pemangsa ini. Untuk makluman, telur nyamuk aedes boleh bertahan selama seminggu sekiranya air dalam bekas-bekas tersebut telah kering.


Selain itu, kawasan yang ditakungi air seperti pasu bunga, kolah, dan saluran di bumbung juga menjadi kawasan pembiakan pilihan nyamuk aedes. Kes demam denggi boleh merebak dengan cepat. Pembangunan yang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan turut mendorong wabak ini meningkat, terutama dikawasan projek yang tidak dikawal dengan baik, boleh menyebabkan banyak kawasan ditakungi air dan terdedah kepada tempat pembiakan aedes. Longkang yang tersumbat akibat tindakan sambil lewa petugas seperti melepaskan batuk di tangga dikenal pasti sebagai tempat nyamuk membiak. Masalah ini diburukkan lagi dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap persekitaran.


Jadi, terdapat beberapa langkah mudah untuk menghapus nyamuk aedes ini. Kita perlu meluangkan masa 10 minit seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah. Antara tempat yang perlu dibersihkan ialah longkang, saluran hujan, kolah, dan pasu bunga. Bahan-bahan terbuang seperti tin, botol, tayar kereta dan tempurung kelapa elok ditanam. Kita perlulah melakukan kerja bergotong royong bersma-sama membersihkan kawasan rumah, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing. Bagi barang yang boleh menakung air dan masih berguna, pastikan diletakkan dalam keadaan terbalik.


Akhir sekali, rakyat perlu digalakkan mengambil langkah pencegahan secara bersendirian. Pepatah ada mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati. Seperti meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik(Abate) ke dalam air yang bertakung dan sebagainya. Operasi penyemburan racun untuk membunuh nyamuk tidak boleh dilakukan sambil lewa. Semua kawasan perlu disertakan dalam operasi ini sama ada di bandar mahupun di luar bandar.