blog saya

Oct 23, 2011

Pameran Seni 2011

kami telah berjaya menganjurkan pameran seni bagi tahun 2011. Semua hasil karya kami dipamerkan dan yang paling unik sekali pada tahun ini ialah kami telah membina rumah panjang di dalam pameran tersebut serta senior yang lain turut membuat rumah hantu . saya telah ditugaskan dalam AJK Persembahan..dan kami telah mempersembahkan ..................



( NK LIHAT PERSEMBAHAN KAMI SILA KLIK LINK DI ATS)

Iilah arca yang saya buat iaitu bertemakan teknologi perkapalan


ini pula anyaman saya dan ansam.


saya dan loli

kumpulan tari borneo



ini pula VIDEO TARIAN ZAPIN KAMI..tapi saya dengan ahli kumpulan ZAPIN CENDERAWASIH...

(sila klik)

Pendidikan Luar memang best..

Memang sukar dilupakan segala pengalaman baharu yang kami perolehi semasa pendidikan luar di Taman Botani, Shah Alam, selangor pada minggu lepas ( 19 - 21 oktbr 2011). Variasi aktiviti yang diselitkan walaupun masa terlalu singkat. Pada hari pertama, kami mengikuti aktiviti flying fox, abselling, kraft perkhemahan, cpr dn bantu mula. pada hari kedua kami mengikuti aktiviti berkayak, ikatan tali dan orienteering. manakala, hari ketiga kami menduduki ujian untuk mendapat sijil tahap satu utuk sukan rekreasi..walaupun banyak kekangan yang kami hadapi iaitu keadaan cuaca, monyet (harun), khemah dan sebagainya namun segalanya memberi seribu satu pengalaman yang memang sukar dilupakan dan tetap berjalan dengan lancar. Terima kasih saya ucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Rekreasi Negeri selangor serta KELAB REKREASI SHAH ALAM yang banyak memberi sumbangan serta mengajar kami..terutamanya yang mengajar kami seni mempertahankan diri...semoga kami dapat

inilah kami PPISMP sem 3A, 3B, dan 3C






sebelum berkayak kami diajar untuk berkayak. Forward backward and so on laaa...dh xingt..hehehe






Bebeberapa peralatan ini dalah standar wajib yang biasa di gunakan dalam permainan Flying Fox:
1. Wire (Cable Baja) : Berfungsi sebagai jalur lintasan

2. Carnmantrle (Ropes) : Befungsi sebagai alat safety and belayer

3. Figure Eight : Alat safety and belayer

4. Carabiner : Kunci pengaman dan conector sling dengan katrol

5. Seat Harness : Alat pengaman tubuh dari ikatan tali
MPRO


ANATOMI KAYAK

Orang yang mula memperkenalkan kayak ialah John
mc Gregor .Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk, ukuran dan bahan pembuatannya sahaja yang berbeza .

1. HALUAN & BURITAN (BOW & STERN)

Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung Kayak yang berfungsi sebagai arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern atau Buritan pula ialah bahagian belakang kayak. kedudukan Bow dan Stern ini adakalanya akan mengelirukan bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkayak. Tip untuk mengenali diantara Bow dengan Stern ialah melihat arah tempat duduk pendayung.

2. GUNWALE LINE / PAINTER LINE

GUNWALE LINE / PAINTER LINE ialah bahagian tepi atau sisi Kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat badannya atau tidak. Sisi kanan disebut dengan "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".

3. HULL

Hull ialah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak tersebut untuk apa digunakan.

4. DECK (Geladak)

Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai
"foredeck"dan dibelakangnya pula dikenali sebagai "afterdeck".

5. COCKPIT (Ruang Tempat Duduk)

Cockpit ialah ruangan yang di bentuk untuk pendayung kayak.

6. SEAT (Tempat Duduk)

Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam beberapa jenis iaitu Standar (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana (biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras. dan tempat duduk yang digunakan untuk pertandingan)

7. TOGGLE

Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak, letaknya diujung depan (Bow) dan Belakang (Stern)

8. COAMING

Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cokcpit, ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.

9. KNEE BRACE

Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.

10. TOWLINE / DECKLINE

TOWLINE / DECKLINE ialah tali yang diikatkan di hujung kayak (bow) dan buritan kayak (stern). Berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu (tunda).

11. KEEL

Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.

12. BUOYANCY

Buoyancy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck bagian depan (bow) dan deck bagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam.

13. FOOTREST

Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki, bentuknya terdiri dari
bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).

14. DECK EYE / EYE CLEAT

ECK EYE / EYE CLEAT ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas geladak.

15. EYE PIT

EYE PIT ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis kayak-kayak tertentu.

16. HATCH

HATCH ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi atau Sea Kayak.

17.BACK STRAP

Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang, berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang pendayung

maklumat ini saya perolehi daripada : http://sukanrekreasixtream.blogspot.com/2009/08/anatomi-kayak.html