Amalan merokok
Amalan merokok ibarat membakar diri
sendiri. Amalan ini bukan sahaja merugikan
diri sendiri,malahan mendatangkan kesan buruk kepada keluarga dan juga masyarakat. Terdapat
beberapa kesan buruk yang akan dihadapi oleh para perokok dalam kehidupan
seharian mereka.
Perbuatan merokok adalah perbuatan yang membahayakan kesihatan. Hal Ini demikian kerana sebatang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan banyak bahan kimia beracun yang berbahaya. Kesanya, perokok boleh mendapat penyakit seperti kanser paru-paru,sakit jantung,barah mulut dan strok.
Selain itu,merokok juga memberi risiko kepada ahli keluarga. Asap yang dihembuskan oleh perokok terpaksa disedut oleh orang yang berada di sekelilingnya .Secara tidak langsung,ahli keluarga perokok juga boleh mendapat penyakit berbahaya dan seterusnya boleh membawa kematian.
Tambahan itu,asap rokok juga memberikan kesan buruk kepada tubuh badan sendiri.Gigi dan kuku perokok akan berwarna kekuning - kuningan manakala bibir mereka pula kehitam-hitaman. Nafas perokok juga turut berbau dan kurang menyenangkan..
Banyak faktor yang mempengaruhi seseorang itu merokok. Antaranya,adalah seperti meniru perbuatan ibubapa, pengaruh rakan sebaya dan mengatasi tekanan yang dihadapi oleh mereka.
kesimpulannya, kita perlu menghindarkan diri daripada tabiat merokok kerana banyak merokok memberikan kesan buruk kepada kita. Ahli keluarga dan masyarakat perlu memberi sokongan moral kepada mereka supaya berhenti merokok.

No comments:
Post a Comment