blog saya

Jul 29, 2011

Jerawat,Acne,Pimple...:(

JERAWAT OH JERAWAT!!!!!!!!!....Masalah jerawat memang membimbangkan hati dan fikiran kita. Saya sendiri pernah mengalaminya. Jerawat saya memang tahap yang teruk, sampai muka saya menjadi bengkak. Sewaktu ada jerawat saya memang rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri sehingga kita sendiri merasakan bahawa orang keji dan sentiasa memandang keadaan muka kita. Ape boleh buat dah jerawat nak tumbuh nak buat macam mana kan??Saya nak kongsi cerita macam mana saya boleh tumbuh jerawat di muka. Selepas habis kebaktiaan di gereja saya dan kawan-kawan yang lain pergi ke satu pusat membeli belah, seorang promoter telah mempelawa saya untuk membeli produk tersebut.( dia mengatakan produk ini bagus untuk parut jerawat adek ni). Jadi, setelah mendengar kata-katanya hati pun teringin membeli dan mencuba produk tersebut. dia menyuruh saya membeli 1 set produk tapi saya menolak saya hanya beli pencuci muka sahaja. Selepas 3 hari memakai produk tersebut tiba-tiba jerawat mula tumbuh dan merebak ke tempat lain, tetapi saya tidak kisah mungkin produk ni bagi kesan positif pada muka saya untuk mengeluarkan segala jerawat di muka. Setelah seminggu muka saya pun bengkak dan memang susah nak senyum, pada masa tu memang rakan-rakan yang lain kata saya ni "bad mood" sebab muka dh macam kena nat. Selepas itu saya pun mendapat rawatan di hospital tetapi tidak juga sembuh. Sekali lagi saya berjumpa dengan Doktor tersebut dan dia telah memberikan antibiotik untuk muka saya dan ubat sapu tetapi keadaan masih juga berlarutan. Selepas itu saya saya berhenti menggunakan produk pencuci muka juga dan menggunakan limau kasturi untuk mencuci jerawat. Pensyarah saya yang mengajar subjek kemahiran berfikir yang mencadangkan saya menggunakan limau. selepas sebulan menggunakan limau baru ada perubahan sedikit. Saya juga membeli supliment untuk jerawat, produk tersebut memang produk dari luar negara iaitu USA yang berharga RMXXX.. Setelah itu, saya berjumpa dengan jururawat dari Sabah. Dia menyuruh saya berhenti makan antibiotik dan dia telah memberikan ubat sapu Differin. Ubat tu mujarab dan saya mula memberanikan diri membeli produk pencuci muka dan sabun. Saya telah membeli produk mentholatum dan oxy sehingga kini. .Masa balik perayaan Hari Gawai memang sangat malu kerana balik ke Sarawak dengan muka berjerawat sehingga mak cik saya sendiri turut mengatakan bahawa saya tidak beberapa kacak(hahahah). Masa balik tu mak saya memang marah laa. tetapi kata-katanya masuk telingga kanan keluar telingga kiri....Setelah mencuba pelbagai alternatif , sekarang muka saya hanya tinggal kesan parut jerawat dan tunggu hendak hilangkan parut sahaja. Saya bersyukur kerana dapat menghilangkan jerawat saya dalam masa 3 bulan sahaja.

sewaktu zaman kegemilangan jerawat saya.
( kedua dua pipi saya seperti ini.)

haaa..ni laah yang paling teruk sekali.
ambik engkau..hahahah

sekarang...

inilah

hasilnyaaaaaaaaaaa...

Tadaaaaaaaaaa!!!!!!


watcccchaaaaa...

No comments:

Post a Comment