blog saya

Jul 21, 2011

Segalanya tentang S.A.Y.A


Tak Kenal maka tak cinta. Izinkanlah hamba memperkenalkan tuan empunya blog ini. Ayah bonda tercinta telah memberikan saya nama Setia Anding Ira. Dilahirkan di Hospital Daerah Kanowit, Kanowit pada 13 Mac 1992 jam 10:45 pagi .Kampung kelahiran saya atau kampung tercinta saya ialah Nanga Mam kanowit. Saya merupakan anak bongsu . Saya mempunyai seorang kakak dan tiga orang adik beradik.Bapa saya menghembuskan nafas terakhirnya pada ogos 1998, ketika saya berusia 4 tahun. Ibu saya pada mulanya merupakan seorang suri rumah. Semua abang dan kakak saya telah mendirikan rumah tangga. Saya mempunyai 10 orang anak buah .


Saya telah mendapatkan pendidikan awal di Tadika perpaduan Kemas Shah kim Garden selama dua tahun. Setelah itu, saya telah memasuki sekolah rendah Sk St. Francis Xavier, Kanowit iaitu dari darjah satu hingga darjah enam tetap[I saya pernah berhenti sekolah seketika kerana masalah keluarga dan terpaksa balik ke kampung. Setelah itu, ibu saya bertekat berpindah semula ke bandar Kanowit .Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran di sekolah menengah Smk Kanowit, Kanowit , dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Apabila saya mempunyai waktu senggang, saya lebih banyak meluangkan masa untuk membaca majalah siswa dan majalah dewan masyarakat. Hal ini demikian, kerana majalah ini banyak membantu saya dalam menggembangkan lagi idea semasa membuat karangan. Di samping itu, pada waktu petang saya lebih gemar bersenam bersama- sama rakan – rakan sekelas.


my nephew n niece


Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh saya iaitu ketika saya berada di tingkatan lima. Pada majlis penyampaian sijil dan hadiah hujung tahun saya mendapat empat anugerah pelajar terbaik. Saya memenangi anugerah pelajar terbaik matapelajaran prinsip perakaunan, pelajar terbaik dalam kadet remaja sekolah, kelab koir dan persatuan bahasa iban. Di samping itu juga melibatkan diri dalam pertandingan menulis cerita rakyat Sarawak peringkat negeri Sarawak. Saya telah mendapat keputusan yang boleh dikatakan baik dalam Spm tahun 2009 dengan berkat usaha saya,penat lelah saya belajar siang malam dan dorongan daripada bonda tercinta ,guruku dn teman-teman yang lain. Selepas itu saya telah melanjutkan pelajaran di Tingkatan enam selama sebulan di Smk Durin. Sebelum memasuki tingkatan enam saya telah memohon beberapa pekerjaan iaitu, pembantu perubatan, pramugara, kastam W17, guru, pembantu anti dadah. Saya telah berjaya dalam kesemua temuduga kerja yang saya mohon tetapi syaa telah berfikir dengan panjang untuk memilih kerjaya sebagai warga pendidik.

Pada 3 Mei 2009 merupakan tarikh termanis dalam hidup saya , kerana pada masa ini saya telah meghadiri temuduga Kursus perguruan Lepasan Spm. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah mendengar doa saya selama ini iaitu saya ingin menjadi warga pendidik, akhirnya permintaan saya termakbul. Saya diberi peluang oleh kementerian pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran atau menimba ilmu di Institut pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah pantai. 28 jun 2010 merupakan tarikh keramat dalam hidup saya iaitu saya memasuki IPG KBM. Banyak perkara yang telah saya pelajari di tempat ini dari semester satu hingga semester tiga. Saya telah berkenalan dengan variasi bangsa dan pelbagai jenis ragam.Saya amat bersyukur kerana mempunyai ibu dan keluarga yang baik menghatar saya belajar. Walaupun saya kehilangan ayah, namun ibu saya tetap tabah dan cekal mengharungi kehidupan bagi mendidik dan menghantar saya ke sekolah.

inilah tempat saya melanjutkan pelajaran sekarang


inilah view di dlm kampus saya


No comments:

Post a Comment