- Sila pilih pencuci muka yang sesuai dn mesti guna 1set..mesti ada tonner,facial cleaning dan sebagainya.
- Kalau jerawat tu merah dan lebam sila cuci muka pakai pembersih muka atau limau nipis o limau kasturi, lepas tu cuci dengan menggunakan air sejuk atau letakan bedak sejuk.
- Jika ingin nanah jerawat, anda haruslah mencuci muka atau steam muka menggunakan air panas bagi membuka liang roma kulit dan selepas itu barulah anda menggeluarkan nanah tersebut.anda jangan memicit jerawat tetapi anda haruslah menarik kulit yang berdekatan dengan jerawat tersebut bukan memicitnya. selepas itu gunalah air sejuk untuk menutup liang roma kulit.
- selepas membuang nanah tersebut janga luba menyapukan facial cleaning or tonner. sila dapatkan ubat sapu anti jerawat iaitu "Differin" pada farmasi terdekat. ubat ini berkesan untuk saya.
- untuk membuang paut jerawat anda bolehlah menggunakan bio oil..peringatan kepad muka yang berminyak,,,anda dilarang untuk menggunakan bio oil untuk mbuang parut jerawat.
- jika kulit berjerawat elakkan makan telur,kacang tanah,coklat,ayam belacan dan makanan laut spt udang, ikan,sotong dan sebagainya.
- untuk mendapatkan hasil yang lebih baik sila cuba supliment" burdock root".
- Jangan lupa mencuci muka 3kali atau lebih dan makan buah-buahan.
blog saya
Jul 30, 2011
Tips untuk menghapuskan jerawat
merdeka merdeka!!!!!
k.A.M.I punya seribu CHERITHA...
Jul 29, 2011
Jerawat,Acne,Pimple...:(
Jul 22, 2011
Saya rindu subjek bahasa Iban

words of the day hr ni..
- Kunchit di tisi langit di asu,rusa di kaki tangga enda di emparu”
=Rindu tauka kelalu deka kiruh ngereja pengawa ke enda menuku tauka nadai ngenatai ke penguntung ba menua ti jauh ,tang pengawa ti menyana tauka utai ti endang udah ditemu nguntung ke diri empu ba endur ti semak ,enggai kiruh ngereja ia.
2. . Rari ke ribut tetemu ke ujan, rari ke sungkup tetemu ke pendam
= Nya utai ti di kenggai, nya ga utai ti datai nyadi ninggang kitai.
3. . Menyadi perut jani, kaban perut ikan –
=Orang ke deka bekaban lebuh maia kitai senang ajak.Tang enti maya di tuntung penusah ,nadai ia ibuh agi ke kitai.
Jul 21, 2011
Segalanya tentang S.A.Y.A

Tak Kenal maka tak cinta. Izinkanlah hamba memperkenalkan tuan empunya blog ini. Ayah bonda tercinta telah memberikan saya nama Setia Anding Ira. Dilahirkan di Hospital Daerah Kanowit, Kanowit pada 13 Mac 1992 jam 10:45 pagi .Kampung kelahiran saya atau kampung tercinta saya ialah Nanga Mam kanowit. Saya merupakan anak bongsu . Saya mempunyai seorang kakak dan tiga orang adik beradik.Bapa saya menghembuskan nafas terakhirnya pada ogos 1998, ketika saya berusia 4 tahun. Ibu saya pada mulanya merupakan seorang suri rumah. Semua abang dan kakak saya telah mendirikan rumah tangga. Saya mempunyai 10 orang anak buah .
Saya telah mendapatkan pendidikan awal di Tadika perpaduan Kemas Shah kim Garden selama dua tahun. Setelah itu, saya telah memasuki sekolah rendah Sk St. Francis Xavier, Kanowit iaitu dari darjah satu hingga darjah enam tetap[I saya pernah berhenti sekolah seketika kerana masalah keluarga dan terpaksa balik ke kampung. Setelah itu, ibu saya bertekat berpindah semula ke bandar Kanowit .Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran di sekolah menengah Smk Kanowit, Kanowit , dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Apabila saya mempunyai waktu senggang, saya lebih banyak meluangkan masa untuk membaca majalah siswa dan majalah dewan masyarakat. Hal ini demikian, kerana majalah ini banyak membantu saya dalam menggembangkan lagi idea semasa membuat karangan. Di samping itu, pada waktu petang saya lebih gemar bersenam bersama- sama rakan – rakan sekelas.
my nephew n niece
Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh saya iaitu ketika saya berada di tingkatan lima. Pada majlis penyampaian sijil dan hadiah hujung tahun saya mendapat empat anugerah pelajar terbaik. Saya memenangi anugerah pelajar terbaik matapelajaran prinsip perakaunan, pelajar terbaik dalam kadet remaja sekolah, kelab koir dan persatuan bahasa iban. Di samping itu juga melibatkan diri dalam pertandingan menulis cerita rakyat Sarawak peringkat negeri Sarawak. Saya telah mendapat keputusan yang boleh dikatakan baik dalam Spm tahun 2009 dengan berkat usaha saya,penat lelah saya belajar siang malam dan dorongan daripada bonda tercinta ,guruku dn teman-teman yang lain. Selepas itu saya telah melanjutkan pelajaran di Tingkatan enam selama sebulan di Smk Durin. Sebelum memasuki tingkatan enam saya telah memohon beberapa pekerjaan iaitu, pembantu perubatan, pramugara, kastam W17, guru, pembantu anti dadah. Saya telah berjaya dalam kesemua temuduga kerja yang saya mohon tetapi syaa telah berfikir dengan panjang untuk memilih kerjaya sebagai warga pendidik.
Pada 3 Mei 2009 merupakan tarikh termanis dalam hidup saya , kerana pada masa ini saya telah meghadiri temuduga Kursus perguruan Lepasan Spm. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah mendengar doa saya selama ini iaitu saya ingin menjadi warga pendidik, akhirnya permintaan saya termakbul. Saya diberi peluang oleh kementerian pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran atau menimba ilmu di Institut pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah pantai. 28 jun 2010 merupakan tarikh keramat dalam hidup saya iaitu saya memasuki IPG KBM. Banyak perkara yang telah saya pelajari di tempat ini dari semester satu hingga semester tiga. Saya telah berkenalan dengan variasi bangsa dan pelbagai jenis ragam.Saya amat bersyukur kerana mempunyai ibu dan keluarga yang baik menghatar saya belajar. Walaupun saya kehilangan ayah, namun ibu saya tetap tabah dan cekal mengharungi kehidupan bagi mendidik dan menghantar saya ke sekolah.
inilah tempat saya melanjutkan pelajaran sekarang
inilah view di dlm kampus saya
ku Menunggu
Ku menunggu, ku menunggu