Nyamuk Tiruk
Nyamuk Tiruk ialah pembawa penyakit yang berbahaya kepada
manusia. Gigitan nyamuk tiruk membawa parasit malaria hidup dalam sel darah
merah. Parasit ini akan merosakkan sel
darah merah dan boleh membawa maut kepada kita. Oleh itu, gigitan nyamuk ini
dapat memudaratkan kesihatan manusia.
Kitaran hidup nyamuk tiruk sama dengan kitaran nyamuk
aedes iaitu bermula daripada peringkat telur ke peringkat kepompong. Seterusnya,
nyamuk ini bertukar menjadi larva sebelum menjadi nyamuk dewasa. Proses untuk
menjadi nyamuk dewasa ini hanya mengambil masa seminggu sahaja.
Nyamuk ini kebiasaannya membiak di dalam takungan air
yang bersih dan jernih. Kawasan itu selalunya terletak di kawasan
anak sungai di kaki bukit, di tepi semak samun, dicelah-celah batu, kawasan sawah padi, di kawasan takungan air dan sebagainya.
Terdapat beberapa tanda serangan penyakit malaria ini
ialah pesakit akan berasa sejuk , menggigil dan mengalami demam yang agak panas.
Pesakit kemudiannya akan berpeluh-peluh dan mengalami demam yang yang
berulang-ulang. Tanda –tanda lain yang turut dialami oleh pesakit ini ialah
muka mereka kelihatan pucat dan sentiasa berasa keletihan. Selain itu, pesakit
juga akan mengalami kerosakan buah pinggang dan otak ,bengkak paru-paru,loya
dan muntah-muntah.
Penyakit yang berbahaya ini mempunyai penawar atau ubat
berbanding dengan demam denggi yang tidak mempunyai sebarang vaksin. Demam malaria
ini mempunyai vaksin iaitu Kuinin sebagai
penawar kepada penyakit ini. Pesakit yang mendapat rawatan awal akan sembuh
jika diberikan ubat tersebut.
Kesimpulanya, nyamuk tiruk ini membawa penyakit yang
berbahaya kepada manusia. Oleh itu, kita perlu menggembleng tenaga menghapuskannya
dengan cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk ini kerana pepatah ada
mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati.