blog saya

Mar 24, 2011

cabaran tahun ini


pada tahun lepas saya mengalami masalah kegemukan...tetapi saya berjaya menyelesaikannya dengan mengamalkan pemakanan yang teratur dan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, saya turut jogging setiap hari...pada bulan 6 hingga sekarang, setelah masuk maktab perguruaan, keadaan berat badan amat memuaskan dan tidak terlalu gemuk kerana kami ada mata pelajaran pj. Tetapi cabaran besar tahun ini adalah masalah JERAWAT. Keadaan ini sangat menyeksakan hati dn fikiran...kerana dari wajah orang akan mengenali perwatakan kita...sebenarnya masalah ini berlaku pada 3 minggu yang lalu...seorang jurujual telah mempromosikan satu produk. dia mencadangkan produk itu..selepas tiga hari menggunakan produk itu...segala anak,bapa,ibu nenek, datuk jerawat pun muncul di muka..Keadaan muka saya sekarang sangat teruk daripada sebelum ini...adakah petua lain untuk menyembuhkannya???sila berkongsilahh sedikit banyak petua tu...saya telah pergi ke farmasi membeli antibiotik dan pergi ke hospital juga mendapatkan rawatan tetapi keadaan ini masih belum dapat diselesaikan..sekarang ini saya mencuba petua dari pensyarah saya. dia menyuruh saya mencuci muka menggunakan air perahan limau..harap- harap berhasil..nantikan keputusannya...

No comments:

Post a Comment